Masalah tiroid kekang Can 

Oleh Penulis Jemputan 22 Oktober 2018 174
Masalah tiroid kekang Can 
Emre Can berdepan masalah tiroid dan mungkin memerlukan pembedahan, kata Juventus dalam satu kenyataan.

Menurut Juventus yang menyambar khidmat pemain tengah Jerman itu secara percuma daripada Liverpool, Jun lalu, situasi Can mungkin memerlukan pembedahan tetapi ujian klinikal akan dijalankan untuk mengenal pasti tahap masalah tersebut.

Justeru, khidmat Can terpaksa dilupakan untuk menghadapi Manchester United di Old Trafford dalam Liga Juara-Juara (UCL) pada Rabu ini. 

Pemain tengah itu telah membuat lapan penampilan Serie A musim ini tetapi hanya memanaskan bangku simpanan ketika seri 1-1 di Genoa, semalam. 
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen