BARCELONA 4 BORUSSIA MONCHENGLADBACH 0

Arda Turan boleh menjamin masa depannya di Camp Nou selepas meledak hatrik yang mengagumkan Luis Enrique ketika Barcelona membelasah Borussia Monchengladbach 4-0 dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah.


Kapten skuad Turki, Turan, yang meledak tiga gol selepas rehat, turut membantu jaringan pembukaan oleh Lionel Messi dalam perlawanan pertamanya berada di dalam kesebelasan utama.

Pemain berusia 29 tahun itu telah dikaitkan dengan perpindahan dari kelab gergasi Catalan itu pada pra-musim, namun khabar angin itu tidak terhenti di situ apabila dia juga dikaitkan dengan perpindahan pada Januari depan selepas gagal untuk mendapakan tempat di dalam kesebelasan utama.

Tetapi jurulatihnya memuji aksi yang ditampilkannya selepas berjaya menonjol dalam perlawanan terakhir kumpulan dan Barca menamatkan saingan sebagai juara Kumpulan C.

"Dia telah mencipta banyak gol tahun ini," Enrique berkata kepada televisyen Sepanyol.

"Dia mempunyai banyak peluang ketika dia bermain di sebelah kiri serangan. Saya juga suka dia bermain di bahagian tengah."

Aleix Vidal yang juga jarang membuat penampilan, memainkan peranan penting dalam dua gol pertama Turan serta membuat bantuan ketika jaringan kedua.

"Aksi yang ditampilkannya begitu menakjubkan," katanya.

"Dia mempunyai keadaan fizikal yang unik walaupun tidak pernah bermain untuk masa yang lama dan dia sangat bagus di bahagian serangan, pertahanan, dengan bola dan tanpa bola.

"Lebih ramai pemain beraksi seperti ini, lebih baik."