Roberto Martinez berpuas hati dengan aksi Belgium selepas melakar kemenangan besar 4-0 ke atas Bosnia Herzegovina, namun dia yakin mereka masih mampu memperbaiki aksi masing-masing.

Walaupun berada di depan menerusi jaringan sendiri Emir Spahic, Belgium jelas mendominasi perlawanan dengan Eden Hazard, Toby Alderweireld dan Romelu Lukaku melakar nama selaku penjaring.

Belgium kini mendahului Kumpulan H dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2018, namun Martinez, yang memuji aksi anak buahnya, mengakui ia bukanlah aksi terbaik pemainnya.

"Satu perlawanan yang baik. Bukan sahaja kami menjaringkan gol yang cantik tetapi secara keseluruhan, pemain menampilkan aksi yang menghiburkan penyokong," katanya kepada Sporza.

"Saya teruja kerana kami menang 4-0 tanpa bolos. Pemain kekal fokus meskipun mendahului perlawanan dengan jurang besar.

"Gol pertama bawa impak positif kepada pemain saya. Tetapi saya tahu kami mampu melakukan lebih baik."

Belgium bakal berdepan Gibraltar selepas ini dalam misi mengekalkan rekod bersih setakat ini dalam saingan kumpulan setakat ini.