Martinez kekal tenang jadi rebutan 

Oleh Shaiful Shamsudin 31 Mac 2020 180
 Martinez kekal tenang jadi rebutan 
Lautaro Martinez tetap memberi fokus kepada Inter di sebalik laporan semakin hangat mengaitkannya  ke Barcelona atau Real Madrid, menurut ejennya, Beto Yaque.

Martinez menjadi rebutan kelab besar ekoran prestasi mengagumkan bersama Inter dengan Barca dilaporkan ingin menandatangani pemain Argentina itu sebagai pengganti jangka panjang kepada Luis Suarez.

Satu lagi gergasi LaLiga, Madrid, juga menaruh minat termasuk kelab sohor Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United dan Manchester City.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

No paramos !!!!!!! 🙅‍♂️💪

A post shared by Lautaro Martinez 🇦🇷 (@lautaromartinez) on


Namun, Yaque berkata Martinez -- yang telah merakamkan 16 gol dalam semua perlawanan sebelum Serie A ditangguhkan akibat penularan wabak koronavirus baru (Covid-19)  -- tidak terganggu.


"Barcelona dan Real Madrid masing-masing dikatakan mengidamkan khidmatnya tetapi baginya sendiri,  ia seperti tiada apa-apa yang berlaku. Sedangkan kalau pemain lain, pasti sukar untuk melelapkan mata ketika malam," kata Yaque kepada Radio del Plata.

"Dia tidak pernah menghubungi saya untuk bertanyakan sama ada khabar angin itu benar. Dia hanya memberi tumpuan terhadap kelab yang diwakilinya.

"Kami telah bercakap dengan ramai pihak tetapi tidak lebih daripada itu. Buat masa ini, mereka yang pernah menghubungi saya tidak berdaftar secara langsung dengan banyak kelab.

"Tiada perbualan formal atau serius. Hangat di pasaran adalah sesuatu yang ramai impikan tetapi dia tidak mengharapkan apa-apa: dia hanya mahu beraksi dan menjaringkan gol.

"Perkembangannya yang berterusan memberi maksud pasukan terbaik di dunia sedang melihat Lautaro dengan minat. Kami harap usahanya akan membuahkan hasil yang selayaknya."

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen