Martial kembali tambat hati skuad Perancis 

Oleh Penulis Jemputan 9 November 2018 504
Martial kembali tambat hati skuad Perancis 
Prestasi memukau Anthony Martial bersama Manchester United dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) membolehkannya kembali ke pangkuan skuad Perancis.

Martial menjaringkan gol dalam empat perlawanan EPL berturut-turut buat julung kalinya dengan persembahannya baru-baru ini melayakkannya menerima Anugerah Pemain Terbaik Bulan Oktober.

Sehubungan itu, dia meraih ganjaran yang lebih baik di atas persembahannya itu apabila memenangi tempat dalam skuad Perancis untuk pertembungan Liga Negara-Negara Eropah menentang Belanda dan aksi ujian dengan Uruguay.

"Sudah sekian lama dia tidak tersenarai untuk Perancis dalam tempoh yang baik dan lebih sukar," kata jurulatih, Didier Deschamps, mengenai kepulangan Martial di arena antarabangsa.

"Apa yang sedang dilakukannya di Manchester membuktilkan dia semakin dekat untuk mencapai kemampuan sebenarnya hasil daripada segi pelaburan dan kecekapan. Dia masih pemain muda tetapi saya ingin melihat dia menggalas peranan besar di Manchester seperti beberapa minggu kebelakangan ini.

"Dia mempunyai tempoh turun dan naik. Dia mampu menjadi sangat baik dan juga menjadi kurang baik, semuanya bergantung kepada dirinya sendiri. 

"Dia boleh bertambah bagus tetapi dia harus mengusahakannya, itu bermaksa banyak perkara perlu diubah. 

"Dia perlu berjuang sedikit demi sedikit untuk mengubahnya, ia sebahagian daripada gayanya. Dia perlu berjuang untuk mengatasi halangan tersebut dan bermain lebih kerap sepanjang musim ini atau beberapa musim lagi."

Kelibat Aymeric Laporte sekali lagi terlepas pandang biarpun pertahanan tengah Barcelona, ​​Samuel Umtiti, tercedera dengan Adil Rami dan Mamadou Sakho lebih menjadi pilihan, namun rakannya di Manchester City, Benjamin Mendy, kembali tersenarai. 

Deschamps, yang mengetuai Les Blues menjulang Piala Dunia Russia 2018, turut menyingkirkan  penyerang Atletico Madrid, Thomas Lemar dan Alexandre Lacazette (Arsenal).

Skuad Perancis:

Alphonse Areola (Paris Saint-Germain), Hugo Lloris (Tottenham), Steve Mandanda (Marseille); Lucas Digne (Everton), Pramugari Kimpembe (Paris Saint-Germain), Benjamin Mendy (Manchester City), Benjamin Pavard (Stuttgart), Adil Rami (Marseille), Mamadou Sakho (Crystal Palace), Djibril Sidibe (Monaco); N'Golo Kante (Chelsea), Blaise Matuidi (Juventus), Tanguy Ndombele (Lyon), Steven Nzonzi (Roma), Paul Pogba (Manchester United); Ousmane Dembele (Barcelona), Nabil Fekir (Lyon), Olivier Giroud (Chelsea), Antoine Griezmann (Atletico Madrid), Anthony Martial (Manchester United), Kylian Mbappe (Paris Saint-Germain), Florian Thauvin (Marseille).
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen