Pertahanan skuad kebangsaan Brazil, Marquinhos, mahu melanjutkan kontrak untuk kekal bersama Paris Saint-Germain (PSG).

Pemain berusia 22 tahun itu memiliki kontrak yang bakal tamat pada Jun 2019, tetapi terdapat beberapa kelab gergasi mahu mendapatkan khidmatnya.

Bagaimanapun, Marquinhos telah menjelaskan bahawa masa depannya terletak bersama kelab iu.

"Ini merupakan tahun keempat saya bersama PSG. Saya sudah membiasakan diri dan sudah fasih berbahasa Perancis. Tambah lagi keluarga saya sangat gembira berada di ini," kata Marquinhos kepada Telefoot.

"Segalanya berada di dalam keadaan yang baik dan saya mahu kekal di sini, saya berharap untuk menandatangani kontrak baru."

PSG mengharungi permulaan yang sukar buat musim 2016-17 dengan empat mata di belakang pendahulu Ligue 1, Monaco, tetapi Marquinhos yakin PSG akan kembali ke tahap yang terbaik.