Marotta tidak bimbang khabar angin libatkan Martinez

Oleh Staff Writer 3 Disember 2019 522
Marotta tidak bimbang khabar angin libatkan Martinez
Lautaro Martinez telah dikaitkan dengan perpindahan daripada Inter ke Barcelona tetapi ketua pegawai eksekutif kelab, Giuseppe Marotta, tidak bimbang dengan spekulasi itu.

Martinez menjaringkan dua gol ketika Inter mengatasi SPAL 2-1 Ahad lalu, sekali gus mendaki tangga teratas Serie A dan kini telah meledak 13 gol dalam semua kejohanan.

Pemain berusia 22 tahun itu mengharungi musim kedua yang cemerlang di San Siro dan kini telah mula menarik perhatian gergasi LaLiga, Barcelona sejak beberapa minggu lalu ketika mereka mencari pengganti Luis Suarez yang semakin dimamah usia.

Di sebalik ejen Martinez yang telah mendedahkan mengenai potensi pemain itu berhijrah ke Barca, Marotta tidak bimbang dengan khabar angin melibatkan pemain kebangsaan Argentina itu.

"Kontraknya masih belum terjejas lagi," kata Marotta. "Dia seorang pemain yang baik dan bersyukur terhadap Inter, jadi khabar angin itu tidak membimbangkan saya.

"Inter dan Suning (kumpulan pemilik kelab) memiliki sasaran untuk berkembang dan anda tidak boleh melepaskan pemain terbaik anda.

"Tetapi jendela perpindahan sukar untuk diramal -- keinginan seseorang pemain untuk menentukan hala tuju mereka akan sentiasa hadir.

"Ini bukanlah masa terbaik untuk membincangkan perpindahan ataupun pembaharuan kontrak. Martinez menyedari kepercayaan yang kami letak kepadanya."

Lapan daripada jaringan Martinez musim ini hadir menerusi saingan Serie A manakala gandingannya, Romelu Lukaku, telah menjaringkan 10 gol sejak tiba daripada Manchester United.

Marotta memuji gandingan penyerang itu ketika tidak pernah memiliki dua penyerang yang berjaya menjaringkan lebih daripada lapan gol sejak musim 2001-02.

"Lukaku dan Martinez memiliki persahaman yang sangat baik," katanya. "Antonio Conte, seorang pemenang yang terbukti, mengetahui cara terbaik untuk menghadirkan kualiti terbaik daripada dua pemain tersebut.

"Mereka juga rakan baik di luar padang dan mencetus harmoni ketika beraksi."

Inter berbelanja besar sebelum musim ini bermula bagi meningkatkan mutu pasukan tetapi Marotta tidak menolak kelab itu akan terus berusaha untuk mendapatkan lagi pemain dalam jendela perpindahan yang bakal dibuka bulan depan.

"Kami akan menilai kemampuan pasukan tetapi kami perlu memiliki perancangan bagi menghadapi sebarang situasi dan kami masih lagi lemah dalam beberapa bahagian."
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen