REAL MADRID 2 VALENCIA 1

Zinedine Zidane menganggap Marcelo dan Dani Carvajal sebagai dua bek terbaik di dunia selepas mereka membantu Real Madrid meraih kemenangan 2-1 ke atas Valencia di Santiago Bernabeu, malam tadi.


Marcelo menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-86 selepas Dani Parejo membatalkan tandukan Cristiano Ronaldo, yang dihantar oleh Carvajal.

Bercakap selepas perlawanan itu, Zidane memuji pasukannya apabila Real merampas satu lagi kemenangan lewat untuk memberi tekanan kepada Barcelona dalam merebut kejuaraan LaLiga.

"Saya ingin melihat keputusan (menang) yang lebih awal tetapi kami tahu kami boleh menjaringkan gol bila-bila masa dan dengan mana-mana pemain," katanya.

"Persembahan Marcelo dan Dani (Carvajal) sangat baik. Mereka banyak menyerang. Mereka adalah antara tiga atau empat pertahanan penuh terbaik dalam dunia.

"Apabila anda tidak mendapat gol kedua, mereka (Valencia) sentiasa boleh menjaringkan gol tetapi kami berhak dengan keputusan itu. Kami bekerja keras dan menggunakan banyak tenaga."

Zidane berasakan rancangan pertahanan Valencia membuatkan ia sukar tetapi mengakui Real sepatutnya menggunakan sebahagian besar peluang, yang menyaksikan penalti Ronaldo diselamatkan oleh Diego Alves dan percubaan Karim Benzema terkena tiang.

"Ia lebih teruk dan lebih-lebih lagi apabila menentang kami," katanya terhadap pendekatan pelawat. "Tetapi tidak ada alasan. Mereka bermain permainan mereka dan kami membuatkannya lebih sukar kerana tidak menjaringkan gol kedua. Kami mempunyai banyak peluang, ini bermakna kami boleh perbaikinya.

"Peminat tahu kami perlu terus memberi tekanan dan mereka bertindak balas dengan cara yang terbaik. Peminat membantu kami untuk mendapatkan gol kedua. Itulah apa yang kelab ini miliki."

Isco membuat kejutan apabila diletakkan di bangku simpanan tetapi Zidane mengesahkan pemain itu akan beraksi di beberapa bahagian dalam aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara menentang Atletico Madrid, Selasa ini, manakala Raphael Varane juga mungkin kembali.

"Anda akan melihatnya pada Selasa," katanya mengenai Isco, yang mempunyai tiga jaringan dan satu bantuan gol dalam dua penampilan liga lalu. "Memang benar bahawa dia bermain dengan baik tetapi dia bermain di Riazor (menentang Deportivo La Coruna pada Rabu). Saya perlu fikir tentang kumpulan itu.

"Varane boleh diturunkan pada Selasa tetapi kami perlu berhati-hati. Kali terakhir dia kembali dia mengalami kecederaan dan saya tidak mahu ia berlaku lagi. Terdapat banyak baki perlawanan penting."