Diego Maradona memikul Argentina untuk menjuarai Piala Dunia, berjaya di Italy dan Eropah bersama Napoli dan memenangi banyak anugerah individu.

Sepanjang perjalanan ini, pemain bola sepak -- yang meninggal pada hari Rabu pada usia 60 tahun -- itu telah menjaringkan beberapa gol terhebat yang pernah dilihat oleh sukan ini.

Tidak kira apa pun situasi, Maradona sering kali sukar untuk diatasi -- seperti yang dapat dilihat daripada pemilihan lima gol terhebat kami.



Argentina v England (22 Jun 1986)

Dipuji oleh seluruh pelusuk dunia gol terhebat sepanjang masa, Maradona menggelecek bola dari tengah dan melepasi empat pemain England sebelum menundukkan Peter Shilton dengan tenang.

Saat magis hadir itu empat minit selepas dia lakukan jaringan yang dipanggil 'Hand of God' dan membantu Argentina mara ke separuh akhir Piala Dunia 1986, di mana mereka memenanginya.



Argentina v Belgium (25 Jun 1986)

Gol yang diledak Maradona hari kemudian, kali ini dalam separuh akhir, tidak terlalu sama namun dia perlu melepasi empat pertahanan.

Dia menari melepasi dua pertahanan kemudian berjaya memperdayakan dua lagi pertahanan sebelum melepaskan rembatan mengatasi Jean-Marie Pfaff untuk jaringan keduanya dalam pertandingan tersebut.




Napoli v Juventus (3 November 1985)

Napoli menamatkan penantian 12 tahu untuk kemenangan ke atas Juventus hasil aksi cemerlang daripada Maradona. Jika jaringan sebelum ini melibatkan gerakan yang lincah dan penyudah yang klinikal, ini lebih berkaitan dengan keberanian semata-mata.

Satu tembok yang besar diletak lima meter daripada bola, tidak cukup untuk menghentikan pemain Argentina itu untuk menjaringkan sepakan percuma di sudut yang tidak tercapai oleh Stefano Tacconi.




Napoli v Hellas Verona (20 Oktober 1985)

Yang ini adalah mengenai teknik -- dan keyakinan untuk melakukannya. Maradona mengawal bola dengan sentuhan pertama, melakukan pusingan sebelum melepaskan rembatan daripada luar kotak penalti mengatasi Giuliano Giuliani.

Yang menjadikannya lebih istimewa ialah ia berlaku ketika membenam Verona 5-0, yang merupakan juara Serie A pada masa itu.

Boca Juniors v River Plate (10 April 1981)

Maradona menghabiskan satu musim dengan Boca Juniors sebelum tiba di Eropah dan segera menyerlah sebagai bakat yang telah dinantikan semua.

Musim pertamanya di kelab mungkin tidak lama tetapi dia meninggalkan banyak kenangan, termasuk gol di tempat lawan berdepan River Plate. Berada dalam sudut yang sukar, dia berjaya mencari ruang untuk menyempurnakan jaringan selepas membuat larian daripada sayap kiri.