Mancini waspada ancaman Itali

Oleh Penulis Jemputan 3 Disember 2019 322
Mancini waspada ancaman Itali
Roberto Mancini memberikan amaran kepada Itali supaya tidak memandang rendah pasukan kurang terkenal yang diundi dalam Kumpulan A bagi saingan Euro 2020.

The Azzurri bakal berdepan Turki, Switzerland dan Wales Jun tahun depan.

Skuad kendalian Mancini itu dijangka melangkah ke pusingan kalah mati selepas mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan kelayakan, dengan Belgium menjadi satu-satunya pasukan yang memiliki rekod yang sama.

Tetapi dengan kehadiran Wales selaku semi-finalis 2016, skuad berbakat Turki dan Switzerland, Mancini menjangkakan lawan yang berupaya memeranjatkan.

"Saya tidak berasakan ini adalah kumpulan yang mudah seperti apa yang dikatakan," kata bekas pengendali Inter itu kepada Radio Anch'io.

"Mereka adalah pasukan yang menjengkelkan yang akan memberikan segala-galanya dan tidak akan kerugian apa-apa. Mereka memiliki pemain-pemain berkualiti dan muda.

"Switzerland mengetahui cara permainan kami dan sentiasa menghadirkan masalah kepada kami. Wales mampu menghadirkan kejutan dengan pemain-pemain yang beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Turki pula mencuri empat mata daripada Perancis dalam saingan kelayakan.

"Mereka sukar untuk ditangani tetapi kami kekal optimis."

Euro 2020 bakal menjadi penampilan pertamanya dalam kejohanan utama dalam tempoh empat tahun berikutan kegagalan mereka untuk melangkah ke Piala Dunia 2018 di Russia.

Mancini mengesahkan senarai pemain yang bakal dipilih hampir dimuktamadkan.

"Saya berasakan senarai pemain yang hampir sama bakal menghadapi saingan tahun depan itu tetapi jika terdapat peningkatan luar biasa bakat muda persis Paolo Rossi atau Salvatore Schillaci, kami amat gembira untuk mempertimbangkan mereka."

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen