Manchester City gusar dengan kecederaan dialami Bravo

Oleh Staff Writer 11 November 2016 3
Manchester City gusar dengan kecederaan dialami Bravo

Manchester City terpaksa menanti dengan penuh gusar keputusan pemeriksaan penjaga gol, Claudio Bravo, yang mengutip kecederaan ketika beraksi bersama Chile dalam saingan kelayakan Piala Dunia berdepan Colombia.

Bravo dikasari Miguel Borja pada babak pertama, namun masih meneruskan permainan.

Bagaimanapun, kekasaran yang dialami pada babak kedua oleh Santiago Arias menghadirkan impak lebih kuat.

Ketika Arias meluru masuk ke kotak penalti, Bravo bingkas keluar dan berjaya menyelamatkan gawang, namun gagal mengelak daripada tujahan Arias.

Meskipun meneruskan perlawanan, Bravo kemudian terpaksa dikeluarkan dan digantikan oleh Johnny Herrera.

Sama ada Bravo akan kembali cergas untuk beraksi dalam perlawanan seterusnya berdepan Uruguay pada Selasa, masih belum dapat dipastikan.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen