Pengendali B-19 negara, Brad Maloney, percaya kehadiran Skuad Projek FAM-MSN yang akan beraksi dalam Liga perdana tidak mencetuskan sebarang konflik.

Walaupun had umur kedua-dua pasukan itu hampir sebaya, iaitu hanya dibezakan setahun yang mendorong pasukan berkenaan dilabel sebagai skuad muda negara B.

"Sudah tentu kami boleh menyenaraikan mereka tetapi saya tidak fikir kami boleh mengandaikan projek ini untuk pasukan kebangsaan.

"Apa sahaja yang boleh menawarkan peluang kepada pemain-pemain, lebih-lebih kancah Liga Perdana yang sangat mencabar akan membawa manfaat kepada bola sepak Malaysia," kata bekas Australia itu.

Datuk Haji Hamidin dan Tan Sri Tony Fernandes Bincang Lanjutkan Kerjasama FAM - PSM Presiden Persatuan Bolasepak...

Posted by Football Association of Malaysia on Thursday, December 10, 2020


Apa pun, ia pelantar terbaik buat produk Program Pembangunan Bolasepak Nasional (NFDP) termasuk graduan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) berbanding sebelum ini, yang menyaksikan ada pemain tidak mempunyai tempat untuk meneruskan karier.

Masih ada peluang untuk pemain (mengembangkan) karier memandangkan ada yang mengambil keputusan untuk sambung belajar kerana tiada tempat dalam pasukan," kata pemain B-19 negara, Umar Hakeem Suhar Redzuan.