Maloney gembira jika Luqman Hakim kekal di Malaysia

Oleh Muzaffar Musa 24 Jun 2020 591
Maloney gembira jika Luqman Hakim kekal di Malaysia
Atas dasar misi negara, ketua jurulatih skuad b-19 kebangsaan, Brad Maloney, lebih memilih untuk pemain muda sensasi, Luqman Hakim Shamsuddin, kekal berada di Malaysia sehingga
selesai pusingan akhir Kehjohanan AFC B-19 di Uzbekistan, Oktober depan.


Baginya, jika Luqman Hakim kekal di Malaysia, ia akan memudahkan urusan pemantauan prestasi pemain itu demi persiapan mantap menjelang kejohanan berkenaan.

"Apa yang saya boleh katakan, jika dia kekal berada di dalam negara, saya amat gembira untuk melihat permainannya.

"Jika dia ke luar negara, kami tetap akan memantau dan kekal berhubung dengannya tetapi amat baik jika dapat melihat dia bersaing secara kompetitif di peringkat senior," katanya.

Dengan hanya berbaki tiga bulan, status pemain kelahiran Kelantan itu terus menjadi tanda tanya sama ada akan menyertai pasukan Liga Belgium, K.V. Kortrijk, atau kekal bersama Selangor II.

"Kita perlu menyokong setiap keputusan yang dipilihnya.

"Jika dia ke Belgium, ia amat baik untuk perkembangannya.

"Jika dia kekal di dalam negara, amat baik untuk melihat dia bersaing di peringkat senior.

"Jadi, saya akan menyokong mana-mana pilihannya," katanya.
 

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen