Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terus mengambil langkah proaktif untuk memperkasakan bola sepak negara apabila mengadakan bengkel serantau Program Bolasepak Untuk Sekolah-Sekolah (FFS) dengan kerjasama Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) di Petaling Jaya hari ini.

Program itu merupakan inisiatif terbaru FIFA menerusi yayasannya buat seluruh dunia dan Malaysia terpilih sebagai destinasi pertama di Asia Tenggara untuk mengadakan bengkel berkenaan.

Apa yang menariknya, program yang julung-julung kali diadakan itu menumpukan kepada pemain dalam kelompok umur empat hingga 14 tahun.

Satu aplikasi telefon bimbit akan dilancarkan untuk membantu guru-guru yang terlibat untuk mendidik dan menyampaikan maklumat kepada peserta.

Ikuti laporan terperinci dalam Nadi Arena jam 7.30 dan 11 malam ini.