Malang berganda Galatasaray, Muslera patah kaki 

Oleh Shaiful Shamsudin 15 Jun 2020 181
 Malang berganda Galatasaray, Muslera patah kaki 
Fernando Muslera mengalami patah kaki ketika Galatasaray tumbang 0-2 kepada Rizespor dalam perlawanan Super Lig, awal pagi tadi. 

Pemain antarabangsa Uruguay itu terpaksa digantikan dalam separuh pertama selepas patah tulang tibia dan fibula.

Ternyata tindakan Muslera yang keluar dari kedudukannya dalam usaha menafikan percubaan Milan Skoda mengundang padah namun penyerang dari Czech itu hanya mengalami kecederaan ringan. 


 

Dalam satu kenyataan, Galatasaray mengatakan: "Fernando Muslera, yang mengalami kecederaan yang menyebabkannya patah tulang di tibia dan fibula, telah menjalani pemeriksaan hari ini dan akan melalui pembedahan."

Kekalahan Galatasaray itu meletakkan mereka di tempat ketiga, enam mata di belakang Trabzonspor dan Istanbul Basaksehir.
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen