Maguire, Cavani terlepas aksi bertemu PSG

Oleh Ammar Hakim 20 Oktober 2020 3485
Maguire, Cavani terlepas aksi bertemu PSG
Manchester United bakal tanpa khidmat kapten pasukan, Harry Maguire, dan penyerang baru, Edinson Cavani untuk aksi Liga Juara-Juara (UCL) dengan Paris Saint-Germain (PSG) awal pagi esok.

Maguire, yang berada di bawah kritikan sejak beberapa minggu yang lalu ekoran prestasi hambar, mengalami kecederaan ketika United menang 4-1 ke atas Newcastle United Sabtu lalu, perlawanan yang menyaksikan dia meledak gol pertama musim ini.

Sementara bagi Cavani pula, terlepas peluang untuk melakukan penampilan sulung bersama The Red Devils berdepan kelab yang ditinggalkannya pada penghujung musim 2019-20. 

Penyerang Uruguayan itu berlatih bersama United Ahad lalu buat pertama kali selepas kuarantin selama dua minggu sejak tiba dari Perancis.
 

Ole Gunnar Solskjaer, bagaimanapun, memberitahu pemain berusia 33 tahun itu memerlukan lebih banyak hari berlatih dan dijangka akan diturunkan berdepan Chelsea dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada Sabtu.

Mason Greenwood, Eric Bailly dan Jesse Lingard turut tidak tersenarai dalam skuad United untuk kunjungan ke Paris.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen