Madrid samai rekod 34 perlawanan tanpa kalah pasukan terdahulu

Oleh Staff Writer 8 Disember 2016 3
Madrid samai rekod 34 perlawanan tanpa kalah pasukan terdahulu
Real Madrid telah menyamai rekod tanpa kalah yang pernah ditetapkan oleh pasukan terdahulu dengan melalui 34 perlawanan tanpa kekalahan.

Skuad bimbingan Zinedine Zidane telah menyamai rekod yang ditetapkan oleh Leo Beenhakker, yang melalui 34 perlawanan tanpa kalah di antara Oktober 1988 dan April 1989.

Madrid pada ketika ini telah memulakan saingan pada April 2016 dengan kemenangan 4-0 di tempat sendiri bertemu Eibar, sehingga mencatatkan keputusan seri 2-2 dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah awal pagi tadi menetang Borussia Dortmund, yang menyaksikan mereka mencipta rekod 34 perlawanan tanpa kalah.

Skuad yang berpengkalan di Santiago Bernabeu itu telah memenangi 25 perlawanan dan seri sembilan yang lain, dengan Cristiano Ronaldo penyumbang paling prolifik dengan menjaringkan 21 gol.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen