Pemain tengah, Casemiro, mengakui Real Madrid mengalami "tempoh sukar" dan harus bekerja lebih keras selepas mengalami kekalahan 2-1 dalam LaLiga di Girona, awal pagi tadi.

Gol daripada Cristhian Stuani dan Portu dalam masa empat minit pada separuh masa kedua membatalkan jaringan pembukaan Isco untuk tuan rumah meraih kemenangan popular.

Kekalahan itu bererti pasukan Zinedine Zidane kini lapan mata di belakang pemimpin LaLiga, Barcelona, selepas hanya 10 perlawanan.

"Kini, kami bimbang tentang segala-galanya," kata Casemiro.

"Kami tahu kami sangat jauh di belakang dan perlu fokus sekarang, ini adalah masa yang sukar. Kami tidak bermain dengan baik hari ini. Kami perlu bermain lebih baik dan mesti bekerja lebih keras.

"Girona bermain baik pada babak kedua -- kami mesti mengucapkan tahniah kepada mereka," katanya.