Maccarone terkilan tolak Trapattoni untuk Southgate

Oleh Nafis Abdullah 23 April 2020 208
Maccarone terkilan tolak Trapattoni untuk Southgate
Massimo Maccarone terkilan menolak khidmat Giovanni Trapattoni untuk terus bekerjasama dengan Gareth Southgate sambil mendakwa pengurus England itu hanya bercakap kosong.

Bekas penyerang Itali, Maccarone, menghabiskan tempoh empat tahun menjadi rakan sepasukan Southgate di Middlesbrough sebelum beraksi di bawah kendalian bekas kaptennya itu dalam tempoh enam bulan terakhir.

Dia diketepikan oleh bekas pengurus, Steve McLaren, tetapi diyakinkan oleh Southgate apabila pengurus itu mengambil alih pada musim 2007-08.

Namun, Maccarone hanya tampil sekali dalam kesebelasan utama saingan Liga Perdana Inggeris dan beraksi tujuh kali keseluruhan sebelum menyertai Siena.

"Saya beraksi dalam musim terakhir kariernya bersama Southgate dan sebagai pemain, dia sentiasa betul, baik hati dan rendah diri," katanya.

"Sebagai pengurus, saya tidak suka apa yang dia lakukan kepada saya. Tambahan, saya berdepan masalah dengan pengurus sebelum itu, McLaren, seorang lagi pengendali England. Saya sering marah dengannya dan akhirnya sedar telah melakukan kesilapan.

"Namun, Southgate banyak berbincang dengan saya untuk kekal di Boro, menjanjikan waktu permainan memandangkan dia tahu apa berlaku kepada saya sebelum itu.

"Kemudian, tiada apa jika kami hanya meraih tujuh mata dalam enam aksi pertama. Hanya bercakap kosong."

Tentang Penulis

Nafis Abdullah

Komen