Lyon tetapkan Jumaat ini tarikh akhir pancing Depay, Aouar

Oleh Shaiful Shamsudin 29 September 2020 243
 Lyon tetapkan Jumaat ini tarikh akhir pancing Depay, Aouar
Presiden Lyon, Jean-Michel Aulas, menetapkan tarikh akhir untuk sebarang urusan memancing pemain kelab Ligue 1 itu memandangkan sentuhan Memphis Depay dan Houssem Aouar menjadi buruan kelab gergasi. 

Depay kerap dikaitkan ke Barcelona sementara Aouar dilaporkan menjadi sasaran Arsenal.

Begitupun, menjelang jendela perpindahan akan ditutup 5 Oktober depan, Aulas mahu urusan pembelian pemain diselesaikan Jumaat ini. 

"Saya akan berpesan kepada pemain bahawa sebarang urusan perpindahan yang gagal mencapai kata sepakat sebelum Jumaat ini, maka mereka tidak akan berhijrah," katanya kepada Telefoot malam tadi.




"Bagi kami, tarikh perpindahan dimuktamadkan pada Jumaat ini. Saya fikir akan mengusulkannya kepada Rudi (Garcia -- pengurus) dan Juni  (Juninho -- pengarah sukan) esok. 

"Kami menyedari bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Ia mungkin melibatkan banyak aspek lain lagi. Pada Jumaat ini, mana-mana pemain yang tidak berpindah tidak akan meninggalkan pasukan ini."

Lyon membuat permulaan lembab dalam kempen Ligue 1 apabila sekadar mengumpulkan enam mata daripada lima perlawanan pembukaan.

 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen