Memphis Depay berkata Lyon perlu mengambil pendekatan berani apabila mereka berusaha untuk menyingkirkan Juventus daripada saingan Liga Juara-Juara (UCL) Jumaat ini.

Lyon berkunjung ke Turin dengan berkelebihan 1-0 daripada aksi pertama Februari lalu.

Skuad kendalian Rudi Garcia itu tewas menerusi penentuan penalti kepada Paris Saint-Germain dalam aksi final Coupe de la Ligue final Jumaat lalu -- aksi kompetitif pertama mereka sejak Mac lalu.

Ketika musim Ligue 1 tidak ditamatkan ekoran pandemik koronavirus, Juve kembali dalam saingan Serie A Jun lalu sebelum mengesahkan kejuaraan liga buat kali kesembilan berturut-turut.

Depay mengetahui kelebihan memihak juara Itali itu, tetapi kapten Lyon itu -- yang kembali membuat penampilan ketika berdepan PSG selepas pulih daripada kecederaan lutut -- percaya pasukannya mampu layak ke suku akhir.

"[Aksi pertama] merupakan perlawanan pertama yang saya saksikan [selepas mengalami kecederaan lutut serius], dan saya melihat semangat pasukan yang membuatkan saya sangat gembira.

"Juve tidak bermain dengan baik. Tetapi sekarang situasi yang berbeza. Mereka beraksi dengan lebih banyak berbanding kami dan terdapat banyak aspek yang berbeza.

"Tetapi saya juga kini boleh turun beraksi dalam saingan UCL. Saya sudah bersedia."