Rudi Garcia dengan bangga mengumumkan Lyon 'menang persaingan taktikal' berdepan skuad Manchester City kendalian Pep Guardiola dalam kemenangan mengejutkan dalam Liga Juara-Juara (UCL).

Lyon mara ke separuh akhir hasil kemenangan 3-1 di Lisbon awal pagi tadi sekaligus menyaksikan City tersingkir buat kali ketiga berturut-turut di peringkat suku akhir.

Maxwel Cornet meledak gol pembukaan sebelum Kevin De Bruyne menyamakan kedudukan dan pemain gantian, Moussa Dembele dua kali menemui sasaran sekaligus membawa pasukan ke pusingan seterusnya.

Lyon menggunakan formasi 3-5-2, di mana menyamai formasi City, tetapi skuad kendalian Garcia kelihatan lebih selesa berbanding pasukan lawan.

Jurulatih itu menjelaskan kemenangan RMC Sport: "Anda perlu menjangkakan apa sahaja dengan Guardiola, tetapi kami telah menang persaingan taktikal.

"Kami telah mahir dengan formasi ini. Kami telah menemui jalan untuk menghalang De Bruyne."



Taktikal bukan satu-satunya jalan menuju kemenangan, namun Garcia memuji semangat juang Lyon ketika berdepan pasukan yang lebih berkualiti.

"Saya sangat berbangga dengan barisan pemain. Kami percaya dengan kemampuan kami. Kami menyedari bahawa kami bukan pasukan pilihan berdepan gergasi Eropah, tetapi kami berjaya menjaringkan tiga gol dan bolos sekali.

"Ia berkait dengan semangat yang ditampilkan. Kami telah berusaha di tahap yang terbaik."