Luqman, Wan Kuzri bakal berlatih bersama

Oleh Bernama 29 Julai 2020 3043
Luqman, Wan Kuzri bakal berlatih bersama
Penyerang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin disenaraikan untuk menyertai kem latihan pusat Fasa 2 skuad Bawah 19 Tahun (B-19) negara yang berlangsung selama empat minggu bermula Isnin depan.

Kem latihan pusat Fasa 2 yang bermula 3 hingga 30 Ogos depan itu dalah sebagai persediaan bagi menghadapi pusingan akhir Kejuaraan B-19 AFC 2020 di Uzbekistan dari 14 hingga 31 Oktober.

Pemain kelahiran Kota Bharu yang dilamar kelab profesional Belgium, KV Kortrijk, itu akan bergandingan dengan pemain berpangkalan di Amerika Syarikat, Wan Ahmad Kuzri Wan Ahmad Kamal, buat pertama kali.

Menurut kenyataan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam, ketua jurulatih B-19 negara, Brad Maloney, menyenaraikan kedua-dua pemain berkenaan, bersama 33 lagi pemain untuk menjalani kem latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Daripada keseluruhan 35 pemain disenaraikan pada Fasa Dua ini, Maloney mengekalkan 26 pemain daripada kem latihan pusat Fasa Pertama yang berakhir Ahad lepas, untuk terus dinilai.

“Maloney masih dalam proses penilaian pemain sebelum meneruskan kem latihan Fasa 3 pada September 2020 bagi memilih senarai akhir 23 pemain yang akan ke Uzbekistan,” menurut kenyataan itu.

Luqman Hakim bersama beberapa tonggak utama seperti Harith Haiqal Adam Afkar dan Mukhairi Ajmal Mahadi diketepikan sebelum ini, dan akan menyertai kem latihan pusat yang berikutnya.

Selain Luqman Hakim, dua lagi pemain baharu yang tersenarai adalah penjaga gol Ahmad Irfan Ibrahim (Terengganu FC); pemain tengah Ziad Al Basheer (Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari (AMD B17)) selain Syahmi Adib Haikal Mohd Shukri (AMD B-17).

Pada pusingan akhir di Uzbekistan, Malaysia akan membuka tirai saingan Kumpulan D bertemu Tajikistan pada 16 Okt, diikuti aksi kedua menentang bekas juara Qatar (19 Okt) dan aksi terakhir berdepan Yaman pada 22 Oktober.

Empat pasukan yang berjaya melangkah ke separuh akhir secara automatik layak ke Piala Dunia B-20, 2021 dan skuad B-19 negara menyasarkan muncul pasukan Malaysia pertama layak secara merit ke pentas Piala Dunia.
 

Senarai penuh 30 pemain dipanggil:

Bil

Nama

Umur

Posisi

Pasukan

1.

Arif Aiman Mohd Hanapi

18

Tengah

Johor Darul Ta’zim

2.

Muhamad Umar Hakeem Suhar Rezwan

18

Tengah

Johor Darul Ta’zim

3.

Muhammad Firdaus Ramli

18

Pertahanan

Johor Darul Ta’zim

4.

Muhammad Firdaus Kaironnisam

18

Tengah

Johor Darul Ta’zim

5.

Muhamad Alif Abdul Mutalib

18

Tengah

Johor Darul Ta’zim

6.

Muhammad Shafi Azswad Sapari

19

Tengah

Johor Darul Ta’zim

7.

Daryl Sham K. K. George

18

Penyerang

Johor Darul Ta’zim

8.

Luqman Hakim Shamsudin

18

Penyerang

Selangor

9.

Muhammad Azrul Haikal Ramlee

18

Tengah

Selangor

10.

Muhammad Fahmi Daniel Mohd Zaaim

18

Pertahanan

Selangor

11.

Muhammad Fakrul Iman Naszari

19

Tengah

Selangor

12.

Muhammad Raimi Shamsul

18

Tengah

Selangor

13.

Mohd Aiman Afif Md Afizul

19

Tengah

Kedah

14.

Muhammad Amirul Akmal Safarinizam

18

Tengah

Kedah

15.

Muhamad Aiman Farhan Muhamad Fauzi

18

Pertahanan

Kedah

16.

Muhammad Faiz Amer Runnizar

17

Pertahanan

Amd B-17

17.

Mohammad Marwan Abdul Rahman

17

Pertahanan

Amd B-17

18.

Muhammad Khairi Suffian Khaineyusri

17

Penyerang

Amd B-17

19.

Syahmi Adib Haikal Mohd Shukri

17

Penjaga Gol

Amd B-17

20.

Ziad El Basheer Norhisham

17

Tengah

Amd B-17

21.

Yuseril Yusekil

18

Tengah

Sabah

22.

Mohd Nasip Mohammad Zain

19

Penyerang

Sabah

23.

Alan Lagang Keryer

19

Tengah

Sarawak United

24.

Muhammad Azam Azmi Murad

19

Tengah

Terengganu Fc

25.

Muhammad Rahadiazli Rahalim

19

Penjaga Gol

Terengganu Fc

26.

Muhd Muslihuddin Atiq Mat Zahid

19

Tengah

Terengganu Fc

27.

Ahmad Irfan Ibrahim

19

Penjaga Gol

Terengganu Fc

28.

Muhammad Riezman Irfan Mustafah

19

Penjaga Gol

Pahang

29.

Zachry Raiff Ghazie Yeoh

18

Tengah

Brooke House College Football Academy

30.

Wan Ahmad Kuzri Wan Ahmad Kamal

18

Tengah

St. Loius Football Academy

Tentang Penulis

Bernama

Komen