Luqman Hakim sertai Haaland, Greenwood, Sancho dalam Anugerah Golden Boy

Oleh Muzaffar Musa 18 Julai 2020 3066
Luqman Hakim sertai Haaland, Greenwood, Sancho dalam Anugerah Golden Boy
Pemain muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin, tersenarai dalam Anugerah Golden Boy 2020.
 
Penyerang berusia 18 tahun itu, yang turut tersenarai sebagai 60 pemain muda terbaik dunia pilihan The Guardian, menyertai senarai 80 pemain yang turut dibarisi nama-nama besar seperti pasangan Borussia Dortmund, Jadon Sancho dan Erling Haaland, Mason Greenwood (Manchester United) dan Ansu Fati (Barcelona).

Luqman Hakim, yang akan menyertai kelab Belgium, K.V. Kortrijk, merupakan salah seorang daripada dua calon Asia selain pemain  Jepun yang dipinjamkan kepada Real Mallorca daripada Real Madrid, Takefusa Kubo.
 
Anugerah itu, yang dibawakan oleh akhbar Itali, Tuttosport, menjadi platform untuk wartawan sukan memberikan pengiktirafan tahunan buat pemain berusia bawah 21 tahun yang berpangkalan di Eropah.

Antara yang pernah memenangi anugerah berkenaan ialah Wayne Rooney, Lionel Messi, Paul Pogba, Kylian Mbappe dan yang terbaru, Joao Felix.


SENARAI CALON ANUGERAH GOLDEN BOY 2020

Liga Perdana Inggeris (14):
Maximillian James Aarons (Norwich City)
Jayden Braaf, Yan Bueono Couto, Phil Foden  (Manchester City)
Mason Greenwood (Manchester United)
Gabriel Martinelli, Bukayo Saka (Arsenal)
Morgan Anthony Gibbs-White, Pedro Neto (Wolverhampton)
Callum Hudson-Odoi (Chelsea FC)
Curtis Jones, Yasser Larouci (Liverpool)
Michael Obafemi (Southampton)
Ryan Sessegnon  (Tottenham Hotspur)

LaLiga (9):
Ansu Fati (Barcelona)
Takefusa Kubo (Real Mallorca, Real Madrid)
Luca Bezzana-Romero (Real Mallorca)
Diego Lainez (Real Betis)
Ferràn Torres (Valencia)
Juan Manuel Sanabria (Atletico Madrid)
Nehuén Pérez (Famalicao, Atletico Madrid)
Reinier, Rodrygo, Vinicius Jr. (Real Madrid)

Bundesliga (8):
Ethan Ampadu (RB Leipzig)
Alphonso Davies, Youshua Zirkzee, Tanguy Nianzou Kouassi (FC Bayern) 
Erling Haaland, Jadon Sancho (Borussia Dortmund)
Ozan Kabak (Schalke 04, FC Barcelona)
Paulinho (Bayer Leverkusen)

Ligue 1 (11):
Yacine Adli (Bordeaux)
Marley Ake (Marseille)
Adil Aouchiche, Mitchel Bakker  (PSG)
Benoît Badiashile  (Monaco)
Eduardo Camavinga (Rennes)
Rayan Cherki, Amine Gouiri (Lyon)
Tiago Djalo (Lille)
William Saliba, Kenny Rocha Santos (St Etienne)

Lain-lain:
Luqman Shamsudin Hakim (Selangor II, K.V. Kortrijk)
Karim-David Adeyemi, Dominik Szoboszlai (RB Salzburg)
Franck Traore, Ryan Jiro Gravenberch, Mateus dos Santos Antony, Sergino Dest (Ajax)
Mohamed Amine Ihattaren (PSV Eindhoven)
Myron Boadu (AZ Alkmaar)
Yari Verschaeren (Anderlecht)
Jonathan David (KAA Gent)
Nils Gustav Froling (Kalmar)
Matias Goncalo Ramos, Tomás Tavarez (Benfica Lisbon)
Fabio Silva, Tomas Esteves, Tiago Lopes,  Machado Vitor Ferreira (FC Porto)
Eduardo Quaresma, Rafael Camacho (Sporting Lisbon )
Zeljko Gavric (Red Star Belgrade)
Mohammed Kudus (Northern Sjaelland)
Felix Khonde Mambimbi (YB Bern)
Antonio Marin (Dinamo Zagreb)
Strahinja Pavlovic (Partizan, AS Monaco)
Ionut-Casian Rus (CFR Cluj)
Tetê (Shakhtar Donetsk)
Heorhiy Tsitaishvili (Dynamo Kiev)

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen