Lukaku perlu tingkat mutu permainan

Oleh Ammar Hakim 28 Julai 2020 127
Lukaku perlu tingkat mutu permainan
Antonio Conte memberitahu Romelu Lukaku bahawa dia perlu mempertingkatkan mutu permainan di sebalik aksi cemerlang penyerang Inter itu dalam musim pertama dalam saingan Serie A.

Lukaku meledak 23 gol dalam saingan liga sejak berhijrah dari Manchester United tahun lalu, empat daripada terhasil dalam lima perlawanan terakhir.

Pemain kebangsaan Belgium itu menjaringkan dua gol ketika Inter menang 3-0 ke atas Genoa Sabtu lalu.

Namun pengendali The Nerazzurri itu bercadang bahawa Lukaku perlu meningkatkan lagi prestasinya dan melakukannya ketika berdepan Napoli awal pagi esok.

"Dia seorang pemain bola sepak yang memiliki ruang untuk diperbaiki," kata Conte kepada Inter TV. "Dalam situasi permainan, dia boleh menjadi pemain yang lebih baik.

"Segalanya bergantung kepada keinginannya untuk menambah lagi kualiti dalam dirinya. Perkara paling penting adalah kemahuan diri sendiri untuk meningkat naik dan berkembang dengan lebih cemerlang."
   Inter membuat persiapan berdepan Napoli buat kali keempat musim ini, selepas bertemu The Partenopei dalam dua aksi Piala Itali dalam separuh akhir.

Conte menyedari ancaman yang dimiliki pasukan lawan tetapi percaya mereka boleh mencari jalan untuk mengatasi mereka.

"Kita sedang berbincang mengenai pasukan yang kuat, mampu mengatasi pasukan yang pernah menjuarai Scudetto sebelum ini. Mereka memiliki skuad yang baik dan mereka telah cemerlang menjuarai Piala Itali."

 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen