Lukaku mahu tingkat prestasi bersama Inter

Oleh Ammar Hakim 6 Ogos 2020 43
Lukaku mahu tingkat prestasi bersama Inter
Romelu Lukaku sudah memandang ke hadapan selepas membantu Inter mara ke suku akhir Liga Europa (UEL) awal pagi tadi.

Jaringan daripada Lukaku dan Christian Eriksen menyaksikan Inter mengatasi Getafe 2-0 di Gelsenkirchen untuk melangkah ke suku akhir.

Lukaku merekodkan 30 gol semusim buat pertama kali dalam kariernya dan terlepas peluang terhidang dalam separuh masa kedua.

Penyerang itu bingkas untuk melupakan kesilapan itu dan kini memandang ke hadapan untuk cabaran seterusnya.

"Perkara ini sering berlaku dalam bola sepak, tetapi saya sudah memikirkan tentang perlawanan seterusnya," kata Lukaku kepada Sky Sport.

"Saya mahu menang dan terus membantu pasukan. Apa yang telah kami usahakan bersama jurulatih sangat penting.

"Pasukan semakin berkembang dan kami perlu melihat ke hadapan dengan mentaliti dan keinginan yang sama."
   
Jorge Molina terlepas penalti pada minit ke-76 buat Getafe sekaligus membuka ruang buat Inter melangkah ke suku akhir dan bakal berdepan di antara Rangers atau Bayer Leverkusen.

Lukaku menjadi pemain pertama Inter meledak 30 gol semusim sejak Samuel Eto'o pada 2010-11 dan pemain kebangsaan Belgium itu gembira untuk mencetak nama selaku penjaring.

"Kami menyedari ia merupakan perlawanan yang sukar, berdepan lawan yang agresif.

"Barisan pertahanan telah memberikan yang terbaik dan saya sangat gembira kerana berjaya meledak gol buat pasukan, sama seperti Christian."

Inter bakal berdepan Rangers atau Leverkusen di Dusseldorf Isnin ini.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen