Luka Jovic pulih bisa di Eintracht 

Oleh Shaiful Shamsudin 13 Januari 2021 138
 Luka Jovic pulih bisa di Eintracht 
Pemain simpanan Real Madrid, Luka Jovic, sedia kembali ke Eintracht Frankfurt secara pinjaman sehingga hujung musim ini, kata Pengarah Sukan Eintracht, Fredi Bobic.

Jovic berhijrah ke Madrid dengan harga perpindahan €60 juta (RM296.6j) pada musim 2019-20, banyb penyerang Serbia itu berdepan kesukaran untuk menembusi skuad utama di bawah bimbingan Zinedine Zidane.

Pemain berusia 23 tahun itu -- yang hanya mencatat dua gol dalam 25 penampilan untuk musim pertamanya di ibu kota Sepanyol berkenaan -- hanya berkesempatan selama 149 minit dalam aksi LaLiga musim ini apabila hanya terbabit dengan lima perlawanan berikutan masalah prestasi dan kecergasan.

Begitupun, Jovic bersiap menyertai semula kelab Bundesliga itu yang pernah menyaksikannya menjaringkan 27 gol pada 2018-19 sebelum berlepas ke Santiago Bernabeu.

"Luka Jovic semakin hampir dipinjamkan kepada kami hingga musim panas ini," kata Bobic kepada Sky sebelum kekalahan 1-4 kepada Bayer Leverkusen selepas terpaksa menamatkan perlawanan DFB-Pokal awal pagi tadi itu dengan 10 pemain.

"Kami masih perlu menyelesaikan beberapa perkara -- contohnya ujian kesihatan. 

"Sekiranya semuanya selesai, dia akan segera kembali bersama kami."

 

Jovic memainkan peranan penting dalam kempen luar biasa Eintracht yang menyaksikan mereka mara ke separuh akhir Liga Europa.

Dia dibawa ke Deutsche Bank Park pada 2017 menerusi perjanjian pinjaman selama dua tahun daripada gergasi Portugal, Benfica.

Mengenai kemungkinan Jovic kembali ke Eintracht secara tetap, Bobic menambah: "Kami akan melihat potensi itu pada musim panas akan datang. Kami masih mempertimbangkan segala hal yang akan terjadi pada musim panas ini."

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen