Luis Enrique tiada masalah menang dengan cara hodoh

Oleh Dom Farrell 30 Oktober 2016 0
Luis Enrique tiada masalah menang dengan cara hodoh

Ketua jurulatih Barcelona, Luis Enrique, masih boleh berasa gembira di sebalik pasukannya meraih kemenangan 1-0 ke atas Granada yang ditakrifkan satu pertunjukan buruk dalam La Liga.

Juara bertahan itu melonjak ke tangga kedua di belakang Real Madrid selepas Rafinha menjaringkan gol tunggal ke atas skuad bimbingan Lucas Alcaraz, yang masih gagal mencatat sebarang kemenangan dan terperosok di dasar liga.

Barca gagal mengulangi kelancaran biasa mereka, dengan kapten, Andres Iniesta, mengetuai senarai pemain yang tidak diturunkan sambil  Lionel Messi, Luis Suarez dan Neymar masing-masing buntu di depan gol.

“Kami kekurangan kesegaran tapi ia sentiasa sukar untuk menundukkan sebuah pasukan dengan 10 pemain di belakang bola,” kata Enrique kepada wartawan, dengan tumpuan kini beralih kepada kunjungan Liga Juara-Juara ke Manchester City pada Selasa.

“(Penjaga gol Barcelona, Marc-Andre) Ter Stegen tidak terbabit pun dalam permainan tapi pada kedudukan 1-0, permainan adalah terbuka.

"Saya gembira dengan tiga mata yang diperoleh. Kami sedang menghala dalam arah yang betul dalam La Liga dan Liga Juara-Juara dengan idea untuk terus meningkat.

"Saya menghargai mata yang diperoleh walaupun ia bukan hari terbaik kami. Saya melihat sebuah pasukan dengan cukup perwatakan untuk mengambil bola dengan cepat dan cukup matang untuk menutup permainan secara bertahan.

“Kalau boleh, saya mahukan kemenangan besar tapi anda tidak boleh membuat itu berlaku dalam setiap perlawanan.”

Rafinha kini telah menyumbat lima gol dalam enam penampilan La Liga musim ini dan Enrique mengesahkan kini terdapat tanggungjawab untuknya memasuki kawasan penalti dan membantu trio penyerang Barcelona.

“Saya tidak terperanjat dengan prestasinya,” tambahnya. “Dia meraih lebih banyak kejayaan dengan menyusup ke kawasan penalti dari baris kedua, sesuatu yang kami tuntut daripada pemain-pemain tengah.

"Anda mempunyai tiga pemain di barisan depan yang bukan sekadar biasa-biasa tapi kami menuntut ini dari baris kedua. Mereka hendaklah sentiasa tampil.”

Tentang Penulis

Dom Farrell

Komen