Pemain tengah Liverpool, Emre Can, disahkan bakal terlepas perlawanan persahabatan menentang Sepanyol akibat kecederaan belakang.

Pemain tengah itu terpaksa dibawa keluar dari padang sebelum tamat babak pertama ketika Liverpool menundukkan Watford 5-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris, hujung minggu lalu.

Situasi yang berterusan itu membuatkan pengendali Jerman, Joachim Low, mengesahkan bahawa Can tidak dapat pulih sepenuhnya sebelum aksi berdepan skuad La Roja itu di Dusseldorf, awal pagi esok.

"Dia telah menyertai sesi latihan semalam tetapi terpaksa menarik diri kerana masih belum cergas sepenuhnya.

"Mungkin Can akan menyertai semula pasukan esok dan diharapkan khidmatnya dapat ditagih ketika bertemu Brazil pada Selasa," kata Low.