IRELAND UTARA 1 JERMAN 3

Joachim Low memuji pemain-pemainnya kerana mempamerkan aksi cemerlang apabila Jerman layak ke Piala Dunia dengan kemenangan 3-1 ke atas Ireland Utara, awal pagi tadi​.


Juar bertahan itu mara ke Piala Dunia buat kali kesembilan dengan mengungguli Kumpulan C untuk beraksi dalam kejohanan berprestij itu buat kali ke-19 dalam sejarah.

Pemain tengah Bayern Munich, Sebastian Rudy, memberikan gol pendahuluan buat Jerman sebelum bekas rakan sepasukannya di Hoffenheim, Sandro Wagner, menggandakan jaringan pada minit ke-21.

Joshua Kimmich menyempurnakan kemenangan mereka di Windsor Park dan gol sagu hati tuan rumah dijaringkan oleh Josh Magennis pada masa kecederaan.

Pengendali Jerman, Low, amat berpuas hati selepas anak buahnya berjaya membawa pasukan ke Russia dalam usaha untuk mempertahankan gelaran yang dimenangi pada 2014.

"Saya sangat berpuas hati," kata Low.

"Kami menggandakan jaringan dengan pantas. Di Republik Czech, kami menjaringkan gol terlebih dahulu, namun gagal mengawal perlawanan. Perkara itu tidak berlaku hari ini.

"Kami berasakan permainan ini di bawah kawalan kami, kemudian telah memperlahankan rentak permainan pada babak kedua," katanya.

Gol pembukaan Rudy ketika bertemu Ireland Utara merupakan gol pertamanya sejak aksi bertemu Hannover, musim lalu.

Pemain berusia 27 tahun itu menyifatkan kini Jerman dapat memberikan fokus untuk mempertahankan kejuaraan mereka.

"Jaringan tersebut sangat penting. Kami telah cuba untuk mendominasi perlawanan ini," kata Rudy.

"Kami akan Russia untuk memenangi sesuatu. Kami mahu mempertahankan gelaran."