Low kekal sebagai ketua jurulatih Jerman

Oleh Ammar Hakim 1 Disember 2020 118
Low kekal sebagai ketua jurulatih Jerman
Joachim Low kekal sebagai ketua jurulatih Jerman selepas perbualan hangat mengenai masa depannya berikutan kekalahan 6-0 di tangan Sepanyol.

Tekanan buat pengendali yang menjuarai Piala Dunia itu semakin meningkat berikutan diaibkan dalam saingan Liga Negara-Negara awal bulan ini dan Persatuan Bolasepak Jerman (DFB) berkata masa amat diperlukan untuk menilai situasi.

Badan induk itu mengesahkan sokongan mereka terhadap pengendali berusia 60 tahun bagi meredakan spekulasi terhadap khidmatnya bersama skuad Jerman bakal berakhir.

Perkhabaran itu diikuti selepas perbincangan di antara Low, yang telah bersama pasukan sejak 2006, dan ahli senior DFB, termasuk pengarah pasukan kebangsaan, Oliver Bierhoff.

"Adalah penting bagi jurulatih kebangsaan untuk membincangkan situasi semasa, kekalahan kepada Sepanyol dan beberapa bulan menjelang saingan Euro, konstruktif dan intensif," menurut satu kenyataan DFB.

"Joachim Low telah diberitahu dia turut terlibat mengenai penilaiannya, idea dan perancangan seterusnya.

"Satu permainan tidak boleh dan tidak boleh dijadikan kayu pengukur prestasi umum pasukan kebangsaan dan jurulatih kebangsaan."

Ia merupakan kekalahan terakhir Jerman sejak mereka tewas kepada Austria dalam aksi persahabatan pad 1931 dengan keputusan yang sama, bagi Manuel Neuer, yang bakal membuat rekod baru dengan mendapatkan kaps yang ke-96, bolos enam gol dalam perlawanan kompetitif buat pertama kali dalam kariernya.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen