Ketua jurulatih Jerman, Joachim Low, menegaskan Brazil bakal menjadi pencabar utama bagi merebut gelaran Piala Dunia 2018 di Russia.

Skuad pimpinan Low sedang bersaing dalam Piala Konfederasi di Russia dan bakal mempertahankan gelaran mereka di venue yang sama tahun hadapan.

Jaringan Mario Gotze pada masa tambahan merakamkan kemenangan 1-0 Jerman ke atas Argentina dalam aksi final di Maracana, tetapi mempamerkan persembahan yang paling ingati
apabila memalukan pasukan tuan rumah, Brazil, dengan kemenangan 7-1 dalam pusingan separuh akhir.

Brazil, yang kini dipimpin oleh Dunga yang menggantikan Luiz Felipe Scolari, muncul pasukan pertama untuk melayakkan diri ke Russia 2018 hasil persembahan yang dominan dalam aksi peringkat kelayakan zon Amerika Selatan.

Menjelang pertemuan berdepan Cameroon di Sochi, Low menjangkakan Brazil telah pulih daripada mimpi buruk itu dan bersedia untuk merebut gelaran itu daripada pasukannya.

"Saya percaya Brazil telah melupakan peristiwa kekalahan 7-1 itu. Gaya permainan mereka juga sudah berubah," kata Low.

"Sejak kekalahan tersebut, mereka mempamerkan persembahan yang positif dengan melakar banyak kemenangan dan mempamerkan kualiti sebenar mereka.

"Mereka sentiasa dilihat sebagai pasukan pilihan kerana memiliki pemain-pemain berkualiti, yang memiliki pengalaman beraksi di serata dunia."