Lopetegui puji aksi Vitolo dalam kemenangan selesa

Oleh Staff Writer 13 November 2016 0
Lopetegui puji aksi Vitolo dalam kemenangan selesa

Pengendali Sepanyol, Julen Lopetegui, berkata dia berpuas hati dengan kemenangan 4-0 ke atas Macedonia dalam saingan Kelayakan Piala Dunia meskipun kehilangan beberapa tonggak utama.

Gol sendiri oleh Macedonia membuka haluan buat Vitolo, Nacho Monreal dan Aritz Aduriz untuk mengesahkan kemenangan besar di laman sendiri.

Meskipun tanpa kelibat Sergio Ramos, Gerard Pique, Andres Iniesta dan Diego Costa, La Furia Roja kekal mendahului Kumpulan G.

Bercakap dengan pihak media ketika perlawanan berakhir, Lopetegui berkata: "Sukar untuk menduga apa yang akan berlaku dalam mana-mana perlawanan tetapi kami puas hati dengan tiga mata ini. 

"Kami tahu cara mereka bermain, kerana itulah kami sedar bukan mudah untuk menguasai perlawanan ini. Bagaimanapun, kami tidak mensia-siakan peluang yang hadir.

"Saya kehilangan beberapa pemain tonggak tetapi keyakinan dipamerkan mereka yang dibawa masuk sebagai pengganti cukup tinggi. Mereka beraksi dengan baik."

Lopetegui turut menghamburkan pujian terhadap Vitolo, apabila pemain sayap Sevilla itu menyumbang gol ketiga perlawanan menerusi tandukan.

"Dia mengikut segala arahan yang telah diberikan," katanya.

"Dia bermain dengan baik dan memiliki teknik yang mantap. Saya tahu dia akan menjadi pemain yang penting buat kami."
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen