Pengendali Sepanyol, Juan Lopetegui, mahu muka baharu yang dipanggil membarisi pasukan itu agar tidak mensia-siakan peluang untuk mempamer aksi mantap berdepan Macedonia dalam aksi kelayakan Piala Dunia pada Sabtu.

Diego Costa, Andres Iniesta, Gerard Pique, Sergio Ramos, Jordi Alba dan Javi Martinez adalah antara pemain yang terpaksa diketepikan kerana mengalami kecederaan.

Lopetegui telah menyenaraikan bekas penyerang Liverpool, Iago Aspas, dan pertahanan Sevilla, Sergio Escudero, antara muka baharu yang bakal membuat penampilan pertama bersama La Furia Roja minggu ini.

Juan Mata, Aritz Aduriz, Cesar Azpilicueta, Sergio Asenjo dan Marc Barta turut dipanggil memperkuatkan pasukan.

"Kami telah dihimpit dengan masalah kecederaan, namun kami memiliki pemain yang akan menggunakan peluang ini sebaik mungkin," Lopetegui memberitahu sidang media.

"Kami mendapati Diego Costa kini semakin pulih, namun dia tidak sempat untuk menyertai pasukan ini.

"Saya tidak akan menamakan kesebelasan utama saya di sini, saya mahu pemain mengetahui perkara ini terlebih dahulu."

Sepanyol kini mendahului saingan Kumpulan G manakala Macedonia masih gagal mengutip sebarang mata selepas tiga perlawanan.