Lopetegui harus cari keseimbangan tanpa Ronaldo

Oleh Penulis Jemputan 9 Oktober 2018 176
Lopetegui harus cari keseimbangan tanpa Ronaldo
Pengurus Arsenal, Unai Emery, berpendapat Real Madrid perlu mencari keseimbangan tanpa kelibat Cristiano Ronaldo dan dia mempertahankan Julen Lopetegui mampu melakukannya.

Penjaring terbanyak sepanjang zaman Madrid, Ronaldo, meninggalkan Sepanyol untuk menyertai Juventus, musim panas lalu, dan Madrid dilihat bergelut untuk mengisi kekosongan itu apabila gagal menjaringkan sebarang gol dalam empat perlawanan berturut-turut.

Skuad Los Blancos tewas tiga daripada empat perlawanan tersebut, termasuk kekalahan mengejut di tangan Deportivo Alaves hujung minggu lalu, sehingga meningkatkan tekanan buat ketua jurulatih, Lopetegui.

Bagaimanapun, Emery yakin Lopetegui yang menggantikan Zinedine Zidane awal musim ini mampu membawa Madrid kembali ke landasan sebenar.

"Real Madrid harus mencari keseimbangan tanpa Ronaldo dan mereka perlu menyesuaikan diri," kata Emery.

"Saya rasa Lopetegui akan dapat melakukannya.

"Kami tiada jawapan buat Lopetegui tetapi apabila ia berlaku kepada saya, saya cuba bersabar. Namun, sukar untuk mendapatkan kesabaran dalam dunia bola sepak. Saya yakin jaringan akan hadir buat Real Madrid."

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen