Giovani Lo Celso tiba di Perancis bagi memulakan karier selaku pemain Paris Saint-Germain susulan tempoh pinjamannya di Rosario Central berakhir.

Pemain berusia 20 tahun itu kekal di Argentina selepas mengesahkan perpindahan Julai lalu, namun dia kini akan berlatih bersama rakan sepasukan barunya di bawah kendalian Unai Emery.

Lo Celso -- yang beraksi bersama skuad bawah 23 tahun Argentina di Sukan Olimpik Rio 2016 -- telah menandatangani kontrak sehingga Jun 2021 bersama PSG.

Celso menamatkan karier bersama Rosario dengan impak besar apabila berjaya meledak gol hasil gerakan solo dalam kemenangan 2-0 ke atas Belgrano, awal bulan ini.

Bercakap tentang perpindahannya, Lo Celso berkata: "Saya sangat teruja dengan perpindahan ini.

"Saya menyertai antara kelab terbesar di Eropah yang memiliki pemain terbaik dunia, antaranya rakan senegara saya, Angel Di Maria dan Javier Pastore. Saya berharap untuk mengikut jejak mereka dan menjadi pemain tonggak PSG.

"Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada PSG kerana percayakan saya, dan kepada Rosario kerana membantu saya mencapai impian untuk menjadi pemain profesional."