Liverpool dan Manchester United berada di landasan untuk bertemu dalam final Piala EFL selepas kedua-dua pasukan dipisahkan dalam undian separuh akhir.

Dua pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris itu muncul nama besar yang masih meneruskan aksi susulan Arsenal dikejutkan Southampton pada Rabu, sekaligus mengesahkan aksi separuh akhir bertemu Liverpool.

Sementara itu, United bakal berdepan Hull City dalam misi memburu slot final yang akan berlangsung di Wembley.

Hull melakar sejarah baru apabila mara ke peringkat separuh akhir buat julung kalinya selepas mengetepikan cabaran Newcastle United menerusi penentuan sepakan penalti pada Selasa.

Pertembungan di antara Liverpool dan Southampton merupakan ulangan kepada edisi musim lalu yang ketika itu dimenangi Liverpool dengan keputusan 6-1 dalam aksi separuh akhir kedua di St. Mary.

Separuh akhir pertama bakal berlangsung pada 9 Januari depan.