Naby Keita dikejarkan ke hospital ketika Liverpool tewas kepada Napoli dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi.

Pemain tengah itu terpaksa dikeluarkan pada minit ke-19 selepas mengadu sakit belakang yang dialaminya kepada pasukan perubatan The Reds.

Dia kemudian dibawa ke hospital tempatan demi menjalani beberapa pemeriksaan kesihatan bagi mendapatkan maklumat mengenai kecederaanya.

Liverpool dijadualkan berada di Itali sehingga esok, namun tiada sebarang jaminan pemain berusia 23 tahun itu akan diberikan pelepasan oleh pihak hospital.

Terdahulu, Lorenzo Insigne menjaringkan gol pada minit ke-90 yang menjamin tiga mata penuh buat Napoli, sekali gus memaksa Liverpool akur menelan kekalahan pertama mereka dalam kempen musim ini.