Liverpool diangkat Pasukan Terbaik, Kejohanan Olahraga Dunia raih prestij Kemudahan Akhbar Terbaik 

Oleh Aipsmedia 31 Disember 2019 2657
Liverpool diangkat Pasukan Terbaik, Kejohanan Olahraga Dunia raih prestij Kemudahan Akhbar Terbaik 
Liverpool FC diundi sebagai Pasukan Terbaik 2019 susulan perlawanan luar biasa yang diperagakan dalam Liga Juara-Juara (UCL) yang berakhir dengan kemenangan untuk meraih kejuaraaan ketika menentang Tottenham, Jun lalu.

Liverpool mencuri perhatian dunia dengan melakar salah satu kebangkitan bersejarah dalam UCL dengan kemaraan ke final buat tahun kedua berturut-turut selepas kekalahan 0-3 di Barcelona, 2 Mei lalu.

Menerima sokongan padu di Anfield, The Reds merakamkan kemenangan 4-0 ke atas skuad yang dibarisi Lionel Messi itu pada satu malam yang ajaib pada 8 Mei.

Nyanyian "You'll Never Walk Alone", yang dilaungkan pengurus, Jurgen Klopp, sambil disaksikan The Kop akan kekal sebagai detik yang tidak dapat dilupakan dalam dekad ini.

Sementara itu, anugerah unik untuk Kemudahan Akhbar Terbaik jatuh kepada kemudahan dan kakitangan Kejohanan Olahraga Dunia IAAF Doha 2019.

Mengundang banyak kritikan menjelang permulaan kejohanan dan kemudian ditangguhkan kepada September daripada kalendar tradisi olahraga, badan profesional olahraga dunia dan sukarelawan sempat menyediakan segala kemudahan yang diperlukan media bagi membuat liputan dan bertugas dengan sebaik mungkin.

Inilah hasil undian oleh Persatuan Akhbar Sukan Antarabangsa (AIPS) yang menyaksikan seramai 331 panel wartawan dari 102 negara mengundi untuk menentukan juara 2019.
 
LIVERPOOL FC -- The Reds mendominasi undian untuk Pasukan Terbaik dengan menerima sejumlah 908 undi, diikuti oleh pasukan kebangsaan wanita Amerika Syarikat yang menjuarai Piala Dunia Wanita FIFA dengan meraih 538 undi manakala pasukan ragbi lelaki Afrika Selatan di tempat ketiga dengan 434 undi.

Senarai penuh undian: 

Liverpool FC - bola sepak - 908 (30.21%)

Pasukan kebangsaan wanita Amerika Syarikat - 538 (17.90%)

Pasukan ragbi lelaki Afrika Selatan - 434 (14.44%)

Pasukan bola tampar kebangsaan lelaki Brazil  - 267 (8.88%)

Gyori Audi ETO KC - bola baling - 174 (5.79%)

Pasukan kebangsaan lelaki Denmark - bola baling -138 (4.59%)

Pasukan Norway - Biathlon -117 (3.89%)

Pasukan lelaki kebangsaan Itali - polo air - 114 (3.79%)

Pasukan bola keranjang kebangsaan wanita Sepanyol - 98 (3.26%)

Pasukan judo campuran Jepun - 73 (2.43%)

Pasukan kriket lelaki England - 63 (2.10%)

Pasukan lapan perahu dayung Jerman - 39 (1.30%)

Pasukan melompat ski Jerman - 23 (0.77%)

Skuad empat berpasukan kayak Jerman K4 500m - 20 (0.67%)

Senarai Kemudahan Akhbar Terbaik 2019: 

Kejohanan Olahraga Dunia IAAF Doha 2019 - 574 (19.10%)

Piala Dunia Wanita Perancis 2019 - bola sepak - 539 (17.93%)

Kejohanan Wimbledon 2019 - tenis - 461 (15.34%)

Liga Negara-Negara UEFA - bola sepak - 316 (10.51%)

Kejohanan Lawan Pedang Dunia Budapest FIE 2019 - 294 (9.78%)

Piala Dunia Ragbi 2019 - 285 (9.48%)

Kejohanan Dunia IJF 2019 - Judo - 213 (7.09%)

Sukan Pan American Lima 2019 - sukan pelbagai -198 (6.59%)

Sukan Afrika Rabat 2019 - sukan pelbagai - 126 (4.19%)

Berikut adalah negara yang memberikan satu atau lebih undian bagi tinjauan: 

Hungary 37, Bulgaria 12, Ghana 10, Itali 10, Mexico 9, Austria 8, Colombia 8, Croatia 8, Romania 8, Sepanyol 7, Switzerland 7, Cuba 6, Ukraine 6, Greece 5, Malta 5, Mongolia 5, Nigeria 5, Portugal 5, Russia 5, Republik Slovak 5, Algeria 4, Argentina 4, Belgium 4, Kanada 4, Republik Czech 4, Ethiopia 4, Ireland 4, Poland 4, Slovenia 4, Amerika Syarikat 4, Albania 3, Perancis 3, Jerman 3, India 3, Iran 3, Jepun 3, Malaysia 3, Pakistan 3, Paraguay 3, Arab Saudi 3, Senegal 3, Turki 3, Australia 2, Bangladesh  2, Bolivia 2, Brazil 2, Cameroon 2, Dr Congo 2, Mesir 2, Finland 2, Georgia 2, Great Britain 2, Ivory Coast 2, Kenya 2, Kosovo 2, Luxembourg 2, Moldova 2, Montenegro 2, Belanda 2, Nicaragua 2, Puerto Rico 2, San Marino 2, Serbia 2, Suriname 2, Tunisia 2, Uganda 2, Uruguay 2, Afghanistan 1, Azerbaijan 1, Belarus 1, Benin 1, Bosnia Herzegovina 1, Burundi 1, Republik Afrika Tengah 1, Chile 1, China 1, Taiwan 1, Costa Rica 1, Cyprus 1, Denmark 1, Republik Dominica 1, Gambia 1, Guatemala 1, Iceland 1, Iraq 1,Korea Selatan 1, Kuwait 1, Lubnan 1, Liechtenstein 1, Lithuania 1, Macau 1, Mali 1, Mauritania 1, Maghribi 1, Nepal 1, Norway 1,  Qatar 1, Sudan 1, Sweden 1, Togo 1, Venezuela 1, Yaman 1.




Editor: Shaiful Shamsudin 


 

Tentang Penulis

Aipsmedia

Komen