Penyokong Liverpool boleh menantikan keseronokan menonton persembahan 'luar biasa' Curtis Jones, menurut pengurus The Reds, Jurgen Klopp.

Pemain berusia 19 tahun itu beraksi cemerlang ketika Liverpool menang 7-2 dalam aksi pusingan ketiga Piala EFL ke atas Lincoln City awal pagi tadi, menjaringkan dua gol ketika juara Liga Perdana Inggeris itu mara ke pusingan keempat berdepan Arsenal minggu depan.

Ia merupakan penampilan ke-16 Jones dalam skuad utama Liverpool tetapi Klopp mencadangkan pemain tengah itu menjangkakan penampilan yang lebih kerap daripada pemain itu.

"Saya berasakan ideal buat Curtis beraksi kerana dengan kualiti dan kemahiran yang dimilikinya," kata Klopp.

"Beraksi cemerlang dalam separuh masa pertama dan permulaan separuh masa kedua, terdapat ruang yang boleh diperbaiki."


Takumi Minamino turut mempamerkan aksi terpuji buat pasukan, menambah jaringan pembukaan Xherdan Shaqiri sebelum menambah jaringan selepas perlawanan bersambung dalam separuh masa kedua.

"Saya gemar dengan persembahan Tak; sungguh luar biasa dan dia terlibat dalam banyak situasi," kata Klopp lagi.

Liverpool berdepan Arsenal dalam aksi EPL Isnin ini sebelum menerima kunjungan mereka sekali lagi dalam minggu tersebut, namun masih tiada lagi tarikh yang ditetapkan.