Badan induk Ligue 1 (LFP) akan mengetengahkan teknologi video bantuan pengadil (VAR) pada musim depan.

VAR telah diuji di Perancis dalam perlawanan play-off penyingkiran Ligue 1 pada akhir musim lalu sementara teknologi itu telah diperkenalkan dalam Bundesliga.

Sebelum ini, LaLiga mengesahkan VAR akan digunakan di peringkat teratas liga Sepanyol pada tahun depan dan langkah itu dijejaki Ligue 1.

"LFP mengesahkan pada 14 Desember (semalam) untuk penggunaan VAR dalam Ligue 1 pada musim 2018/19," menurut satu kenyataan yang dikeluarkan LFP.

"Penggunaan VAR untuk pengadil ini dikehendaki oleh semua orang yang terlibat dalam permainan ini."

VAR juga akan digunakan di Perancis untuk aksi Coupe de la Ligue dan Coupe de France bermula di peringkat suku akhir musim ini, termasuk aksi play-off penyingkiran Ligue 1.

Bagaimanapun, tidak semua mengalu-alukan VAR yang mencetuskan kontroversi dalam pertembungan Piala Dunia Kelab minggu ini.

Jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane, mengadu bahawa keputusan VAR mengambil masa terlalu lama sementara Gareth Bale berkata bola sepak lebih baik tanpa menggunakan teknologi.