Ligue 1 hanya akan bersambung selepas 15 Jun

Oleh Ammar Hakim 23 Mac 2020 61
Ligue 1 hanya akan bersambung selepas 15 Jun
Ligue 1 tidak akan bersambung sebelum 15 June ekoran pandemik koronavirus, menurut Presiden Premiere Ligue, Bernard Caiazzo.

Musim ini telah ditangguh bermula 13 Mac lalu ekoran penularan koronavirus.

Caiazzo, presiden yang mewakili kelab-kelab Ligue 1, terdesak untuk menyempurnakan musim ekoran impak kepada kewangan pasukan yang bertanding, memberitahu saingan hanya akan kembali bersambung tiga bulan dari sekarang.

"Ia amat penting untuk menamatkan saingan, walaupun ia akan berlarutan sehingga bulan Julai atau Ogos," katanya.

"Kesemua kelab ini membelanjakan hampir EURO250 juta sebulan dan kami tidak boleh beraksi sehingga Covid-19 berakhir dan 15 Jun adalah tarikh terbaik untuk saingan kembali bersambung.
 

Hampir kesemua pasukan telah bermain 28 perlawanan ketika Ligue 1 dihentikan seketika, dengan PSG mendahului saingan dengan 12 mata di puncak liga.

Caiazzo berkata beberapa kelab profesional bakal muflis kecuali mereka mendapat sokongan.

"Saya sangat, sangat, sangat bimbang tentang semua kelab. Tanpa bantuan kerajaan, dalam tempoh enam bulan setengah, sesetengah kelab akan memfailkan muflis."

Perancis telah menerima tamparan hebat ekoran penularan koronavirus, apabila dilaporkan lebih 16,000 kes dan 650 kematian.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen