Pemain penyerang Poland, Arkadiusz Milik, akan menjalani pembedahan pada Isnin susulan mengalami kecederaan anterior cruciate ligamnet (ACL) ketika beraksi untuk negaranya dalam saingan kelayakan Piala Dunia.

Penyerang Napoli itu terpaksa dikeluarkan pada separuh masa perlawananan ketika Poland melakar kemenangan 3-2 ke atas Denmark sebelum doktor menganalisis kecederaannya.

Keputusan analisis menunjukkan ligamen lutut kirinya koyak dan bakal mengetepikan pemain itu buat tempoh masa yang panjang.

Sejak berpindah ke Serie A dari Ajax Amsterdam pada awal musim ini, pemain berusia 22 tahun itu telah menyumbang tujuh gol setakat ini dan kehilangannya dijangka merencatkan jentera serangan kelab itu musim ini.