Liga Perdana Portugal akan kembali bersambung 4 Jun ini.

Saingan bola sepak tertinggi Portugal telah digantung sejak 12 Mac ekoran penularan koronavirus.

Perdana Menteri, Antonio Costa, bulan lalu telah memberikan lampu hijau untuk meneruskan saingan liga tanpa sebarang penonton bermula 30 Mei ini.

Dalam satu kenyataan, Liga Portugal mengesahkan jadual perlawanan ke-25 akan bermula pada 4 Jun ini.

"Sejak beberapa hari yang lalu, pelbagai entiti telah melakukan pertemuan penyelarasan berturut-turut sehingga pemulihan dapat berlangsung dengan aman dan dengan semua langkah perlindungan yang dapat mengurangkan risiko terhadap kegiatan tersebut.

"Dijangkakan bahawa kerja sama ini oleh DGS [Direktorat-Jeneral Kesihatan Portugal], FPF [Persekutuan Bola Sepak Portugis] dan Liga Portugal akan berfungsi sebagai model untuk penyambungan semula kegiatan ekonomi lain, dengan tujuan pertandingan profesional ini menyediakan contoh amalan baik yang ditimbulkan oleh wabak ini kepada kita.

"Untuk memastikan bahawa stadium diperiksa dengan ketat dan ujian perubatan dilakukan pada semua profesional yang terlibat dalam permainan dan organisasi mereka, tarikh 4 Jun 2020 ditetapkan untuk pertandingan pertama pusingan ke-25 Liga NOS."

Porto mendahului Benfica dengan satu mata di puncak liga ketika saingan ditangguh, dan setiap kelab masih lagi berbaki 10 perlawanan.

Terdapat hampir 28,000 kes yang disahkan positif koronavirus di Portugal, mengakibatkan 1,163 kematian.