Liga M3 jadi lubuk pemain raih kepercayaan

Oleh Staff Writer 3 Januari 2020 858
Liga M3 jadi lubuk pemain raih kepercayaan
Demi membina semula karier, Liga M3 menjadi platform ramai pemain ternama untuk mendapatkan semula kepercayaan pihak kejurulatihan sekurang-kurangnya untuk kembali ke Liga Perdana.

Keadaan gagal menyebelahi nama yang terpinggir daripada liga utama sehingga menyaksikan lambakan kelibat pemain di pentas lebih rendah seperti Liga M3.

Berhadapan dengan penurunan gaji ketara dengan jumlah minimum sebanyak RM3,000, mereka terpaksa menelan keadaan demi mencuba nasib ke Liga Perdana musim depan.

"Gaji dulu dan sekarang memang jauh berbeza. Pasukan Batu Dua FC juga turut terkesan, tidak membayar gaji. Memang rasa sempit sedikit," kata pemain Harini FC, Izzaq Faris Ramlan.

"Dalam tahun ini, kalau boleh capai prestasi terbaik dan elakkan kecederaan, insya-Allah boleh baiki karier semula," tambahnya.

Selain daripada bekas penyerang skuad B-22 kebangsaan itu, beberapa lagi pemain ternama sebelum ini seperti Manaf Mamat dan Azidan Sarudin turut memilih Liga M3 demi kelangsungan nasib mereka di masa akan datang.

Nadi Arena juga difahamkan kelibat bekas pemain berpengalaman Selangor, Amri Yahyah, turut dilihat bersama kelab dalam Liga M3, Harini, dalam sesi latihan hari ini.

Kredit foto: Facebook Harini FC


Editor: Nafis Abdullah

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen