Lewy akan bersara di Munich

Oleh Penulis Jemputan 27 September 2017 214
Lewy akan bersara di Munich
"Robert Lewandowski atau Lewy akan menamatkan kareirnya bersama Bayern Munich," kata pengurus Bayern, Carlo Ancelotti.

Penyerang itu mencetuskan kontroversi pada bulan lalu selepas mempersoalkan polisi perpindahan kelab sehingga membuatkan pengerusi pasukan, Karl-Heinz Rummenigge, terpaksa memberikan amaran kepadanya.

Bekas kapten Bayern, Stefan Effenberg, juga kelihatan tidak gembira dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Lewandowski dan meminta kelab menjualnya kerana "menyerang" pasukan.

Barcelona dan Real Madrid adalah antara pasukan yang dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat Lewandowski, namun Ancelotti yakin penyerang berusia 29 tahun itu tidak akan meninggalkan Allianz Arena.

"Dia memiliki kontrak selama empat tahun dan akan menamatkan kariernya di sini," kata Ancelotti.

Prestasi Bayern dilihat tidak konsisten pada musim ini dan kehadiran pemain baru seperti James Rodriguez dan Corentin Tolisso masih belum memberikan sebarang impak, membuatkan pasukan terpaksa bergantung kepada dua pemain sayap veteran, Arjen Robben dan Franck Ribery.

Bagaimanapun, Ancelotti tidak melihat kepercayaannya terhadap pemain berusia 33 dan 34 tahun itu mendatangkan sebarang masalah.

"Mereka bermain dengan baik pada musim ini. Saya mempunyai beberapa pemain sebelum ini yang beraksi baik sehingga berumur 40 tahun walaupun bermain di barisan pertahanan," katanya.
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen