Robert Lewandowski telah kembali ke Bayern Munich bagi merawat kecederaan lutut, Poland mengesahkannya.

Penyerang itu mengalami kecederaan ligamen lutut kanan ketika menang 3-0 dalam aksi kelayakan Piala Dunia ke atas Andorra, di mana dia meledak dua kali.

Poland mengeluarkan kenyataan semalam untuk mengesahkan Lewandowski akan terlepas perlawanan dengan England esok untuk mengelakkan risiko memburukkan lagi kecederaannya.

Pemain berusia 32 tahun itu akan kembali ke Jerman untuk rawatan lanjut, yang dijangka berlangsung dari lima hingga 10 hari.

Berita itu akan menjadi perhatian jurulatih Bayern, Hansi Flick menjelang jadual sukar untuk pendahulu Bundesliga itu.

Bayern bertemu RB Leipzig 3 April ini, empat hari sebelum aksi pertama suku akhir Liga Juara-Juara bertemu Paris Saint-Germain.

Juara Jerman itu kemudian menerima kunjungan Union Berlin 10 April menjelang aksi timbal balik dengna PSG 13 April ini.

Lewandowski telah meledak 42 gol dan melakukan lapan bantuan jaringan dalam 36 penampilan semua pertandingan buat Bayern musim ini.

Bekas bintang Borussia Dortmund itu sekurang-kurangnya terlibat dalam 10 jaringan bagi 2020-21 berbanding mana-mana pemain Bundesliga.