Presiden Bayern Munich, Uli Hoeness, memberi jaminan Robert Lewandowski dan Arjen Robben akan kekal di Allianz Arena.

Juara Bundesliga itu telah kembali ke persada liga apabila menewaskan Wolfsburg 5-0 -- Lewandowski dan Robben merupakan antara pemain yang menyerlah serta menjaringkan gol.

Kontrak Lewandowski bersama Bayern akan berakhir pada 2019 manakala kontrak Robben pula berakhir pada penghujung musim ini, tetapi Hoeness yakin kedua-dua pemain mahu terus berkhidmat bersama The Bavarians.

"Perbincangan untuk melanjutkan kontrak sedang dilakukan, saya tidak berpendapat kelab memiliki sebarang masalah untuk melanjutkan kontrak mereka."

Lewandowski telah menjaringkan 11 gol musim ini manakala Robben mencetak lima gol.