Lewandowski penjaring terbanyak saingan kelayakan Piala Dunia

Oleh Penulis Jemputan 9 Oktober 2017 141
Lewandowski penjaring terbanyak saingan kelayakan Piala Dunia
Robert Lewandowski tampil selaku pemain pertama menjaringkan 16 gol dalam saingan kelayakan zon Eropah ketika membantu Poland layak beraksi dalam Piala Dunia Russia 2018.

Bintang Bayern Munich itu telah terikat dengan Cristiano Ronaldo sebagai penjaring terbanyak dengan 15 gol menjelang perlawanan terakhir Kumpulan E berdepan Montenegro yang berkesudahan 4-2.

Pemain berusia 29 tahun itu menjadi pemain pertama untuk meledak 16 gol, namun Ronaldo dan Portugal masih lagi berpeluang untuk memintas bilangan jaringan tersebut ketika berdepan Switzerland, esok. Di tangga kedua, Denmark menempah slot ke perlawanan play-off apabila seri 1-1 dengan Romania di Copenhagen.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen