Ejen Robert Lewandowski menolak cadangan bahawa bintang Poland itu telah menandtangani kontrak baru bersama Bayern Munich.

Laporan mencadangkan Lewandowski telah mencapai persetujuan dengan Bayern dengan tawaran baru untuk terus menyarung jersi The Bavarians sehingga 2021 dan memperoleh EUR15 juta setahun.

Bagaimanapun, ejen Lewandowski, Maik Barthel, berkata berita itu sekadar khabar angin semata-mata.

Menerusi laman sosial Twitter, Barthel berkata: "Tiada laporan baru mengenai kontrak Robert Lewandowski."

Bekas bintang Borussia Dortmund itu masih memiliki kontrak sehingga 2019 sejak menyertai mereka pada 2014.